Langkah 2: Makan sebiji pil lagi 12 jam kemudian (jumlah dua biji pil).
Langkah 3: Postinor mesti dihabiskan dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Maksimum pengambilan dalam 1 bulan hanya 4 biji sahaja.
APA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA MUNTAH KETIKA MENGGUNAKAN POSTINOR?
Postinor perlu diambil semula sekiranya seseorang itu muntah dalam masa dua jam selepas menelan pil tersebut.
SIAPAKAH YANG TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN POSTINOR?
Wanita yang telah mengandung atau mengesyaki dia mungkin mengandung
KEBERKESANAN POSTINOR
0.8 peratus. Bermakna satu daripada 100 orang wanita mengandung selepas menggunakannya
INGATAN PENTING
Kontrasepsi darurat bertujuan mencegah kehamilan daripada hubungan kelamin tunggal, tanpa perlindungan. Ia tidak mencegah kehamilan untuk waktu yang lain jika hubungan seks tanpa perlindungan itu diteruskan. Ini bermakna cara perancangan keluarga yang lain mesti digunakan.
Ia juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit tularan seks. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Pendek kata, ia merupakan satu cara sokongan yang berkesan untuk mencegah kehamilan.