Monday, 26 January 2015

Cara menggunakan postinor

Cara menggunakan postinor, cara makan postinor, cara amalkan postinor, bagaimana nak makan postinor, postinor,
Langkah 1: Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil yang lebih baik jika ia digunakan dalam masa 24 jam selepas hubungan seks.

Langkah 2: Makan sebiji pil lagi 12 jam kemudian (jumlah dua biji pil).

Langkah 3: Postinor mesti dihabiskan dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Maksimum pengambilan dalam 1 bulan hanya 4 biji sahaja.


APA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA MUNTAH KETIKA MENGGUNAKAN POSTINOR?
Postinor perlu diambil semula sekiranya seseorang itu muntah dalam masa dua jam selepas menelan pil tersebut. 

SIAPAKAH YANG TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN POSTINOR?
Wanita yang telah mengandung atau mengesyaki dia mungkin mengandung

KEBERKESANAN POSTINOR
0.8 peratus. Bermakna satu daripada 100 orang wanita mengandung selepas menggunakannya

INGATAN PENTING
Kontrasepsi darurat bertujuan mencegah kehamilan daripada hubungan kelamin tunggal, tanpa perlindungan. Ia tidak mencegah kehamilan untuk waktu yang lain jika hubungan seks tanpa perlindungan itu diteruskan. Ini bermakna cara perancangan keluarga yang lain mesti digunakan.

Ia juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit tularan seks. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Pendek kata, ia merupakan satu cara sokongan yang berkesan untuk mencegah kehamilan.

No comments:

Post a Comment